Isnin, 12 Mac 2012

Executive Talk with CEO

Hari ini aku ke Cyberjaya. Ada perjumpaan dengan CEO. Ia merupakan salah satu daripada program yang dianjurkan oleh EXEC. Best juga program yang cam gini. dapat dengar amanat, pandangan dan rahsia kejayaan CEO. Moga-moga bolehlah aku jadikan sebahagian daripada motivasi harian aku.

Jumaat, 9 Mac 2012

Konvensyen Duti Setem

Woah..penatnya. Semalam baru balik dari Kuching Sarawak.Ada Konvensyen Duti Setem bertempat di APM Kuching.Anjuran BDS yang berlangsung selama 4 hari ( 5-8 Mac 2012),Cantiklah juga tempat tu. Tempat baru lah katakan. Yang bestnya pergi sana...dapat naik kapal terbang free. MAS tu..teruja lah juga..sebabnya, aku tak pernah naik flight lagi..hehe..dan dapatlah melawat sebahagian tempat kat Kuching tu...membeli belah alah kadar je..yelah awal bulan..kena berjimat sikit..beli pun kek lapis Sarawak dan ikan terubuk masin. tak amik gambar lah pulak. Kamera aku kan rosak lagi...nampaknya aku kena cepat beli bateri..banyak gambar kenangan yang tak dapat aku snap utk diabadikan buat tatapan hari muka..chewah ayat...lagi ada lah sikit aku beli cenderahati utk staf2 aku..murah je..yang penting ingatan tu..kan. dan bestnya lagi sebab dapat berkenalan dengan TPDS dari cawangan2 lain yang selama ini hanya aku kenali dengan nama je..dah tengok muka ni rasa le lain sikit...Cadangnya Konvensyen akan diadakan 2 tahun sekali..tunggu jelah..tapi sebenarnya tak de lah aku mengharapkan buat kat tempat yang jauh2..lagi baik buat kat KL je..yang terkilan sikit tu sebab isu2 teknikal tidak sempat di bincangkan sedangkan itulah perkara utama yang perlu diberi kata putus..